TOKYO – Harga minyak jatuh hari ini mendorong minyak mentah Amerika Syarikat berada paras terendah dalam tempoh lebih dua minggu berikutan ketegangan dalam perang Amerika Syarikat -China yang menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi global.

Minyak mentah Brent turun AS$0.89 atau 1.5%, pada AS$ 58.45 setong pada 0044 GMT, yang sebelum ini pada AS$ 58.24, terendah sejak 15 Ogos.

Minyak Amerika Syarikat juga jatuh AS$1 atau 1.8%, kepada AS$ 53.17 setong, selepas menurun kepada AS$ 52.96, terendah sejak 9 Ogos.

Harga minyak terjejas disebabkan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global yang teruk dan berpotensi menyebabkan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat,” kata Stephen Innes, rakan kongsi pengurusan di Valor Markets.

Kebimbangan kelembapan ekonomi akibat perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin menggerunkan.

Kementerian Perdagangan China berkata, ia akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 5% atau 10% kepada sejumlah 5,078 produk dari Amerika Syarikat, termasuk minyak mentah, produk pertanian seperti kacang soya dan pesawat kecil.

Sebagai balasan, Presiden Donald Trump mahu syarikat Amerika Syarikat supaya menimbang penutupan operasi di China dan menghasilkan produk di Amerika Syarikat.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell memberitahu, ekonomi Amerika Syarikat berada di “tempat yang baik” dan akan “bertindak sewajarnya” dalam mengekalkan perkembangan ekonomi semasa untuk terus berada pada landasan”.

Kenyataan itu memberi beberapa petunjuk mengenai sama ada bank pusat akan mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya.

Tetapi memburukkan lagi kebimbangan mengenai kemungkinan kemelesetan, industri pembuatan Amerika Syarikat mencatatkan pengucupan pada bulan pertama dalam tempoh hampir satu dekad. – MalaysiaGazette