KUALA LUMPUR – MyCar akan mengambil tindakan tegas jika ada sebarang promosi iklan palsu dilakukan membabitkan syarikat tersebut.

Sehubungan itu, sekiranya ada pihak yang ternampak iklan MyCar yang berbaur perkauman dan politik mereka diminta emel segera kepada [email protected].

MyCar hanya meminta sokongan kepada syarikat tempatan di Malaysia dan bukan menyarankan promosi yang menyentuh aspek sensitiviti bangsa dan sentimen politik.

“MyCar adalah inovasi sepenuhnya oleh rakyat tempatan dan kami menolak keras sentimen perkauman dan politik digunakan untuk mempromosikan MycCar,” katanya yang mengulas mengenai poster palsu tentang syarikat e-hailing itu.

Katanya, khabar angin dan promosi palsu berunsurkan politik dan perkauman itu dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab susulan selepas sidang medianya yang meminta kerajaan mengkaji semula kelulusan Gojek. – MalaysiaGazette