KUALA LUMPUR – Terdapat masyarakat India yang tidak menyokong sepenuhnya pengenalan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) mulai 2020 diteruskan, namun ia tidaklah sehingga ‘memperalatkan’ pelajar untuk kepentingan sendiri.

Malah Agenda Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) menggunakan National Skip School Day’ sebagai protes dan usaha terakhir agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan pelaksanaan tulisan Jawi sebenarnya perlu diperhalusi.

Menurut Setiausaha Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tamil, Tamilar Kaalam dan Puthiya Tamilar Talamurai, Mytheryar Mutturamalinggam, tindakan Arun seolah-olah menggalakan para pelajar khasnya dalam kalangan sekolah rendah belajar untuk menentang kerajaan pada usia awal lagi.

Kata Mytheryar, dengan mengajak serta cubaan ‘meracun’ pemikiran ibu bapa supaya bersetuju untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sehingga kerajaan bertindak menarik balik pengenalan tulisan Jawi adalah sesuatu tidak boleh diterima sama sekali.

Malah pelajar juga diajar melakukan perkara negatif seperti ponteng sekolah seolah-olah tindakan itu perkara baik dan boleh dicontohi.

“Adakah Sekat atau Arun Dorasamy pejuang cukup hebat lagi bijaksana ini boleh beri jaminan bahawa anak-anak kita tidak akan pilih jalan salah pada masa hadapan kerana cadangan anda yang ‘bodoh’ ini?

“Kerana kamu tidak senada dengan kerajaan, maka kamu akan peralatkan pelajar kita yang masih muda? Perjuangan apa ini? Ada guna otak atau tidak sebelum keluar kenyataan? Kerana kumpulan seperti kamu ini, rosak imej masyarakat kita secara keseluruhan.

“Kamu ajar pelajar-pelajar menentang kerajaan, jerumus politik? Apa akan jadi pada masa depan mereka? Kamu ajar tentang ponteng sekolah, perkauman dan sebagainya. Adakah ini satu contoh yang baik?

“Saya telah membuat laporan polis terhadap kumpulan ini khasnya Arun Dorasamy atas Akta Hasutan kerana melakukan hasutan supaya ibu bapa dan para pelajar ponteng sekolah dan ugut kerajaan tarik balik.

“Bagi saya, cukuplah sekadar kamu berpolitik murahan seperti ini, demi kelangsungan politik tidak seberapa, kamu bebas buat apa sahaja, kami tidak campur tapi jika cuba libatkan pelajar dan masa depan, kita tidak diam,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Repot polis atas Sekat, Arun DorasamyMytheryar berkata demikian ketika mengulas tindakan Sekat yang mengugut kerajaan untuk mengadakan ‘Hari Ponteng Sekolah’ sekiranya pelaksanaan tulisan Jawi tidak ditunda.

Terdahulu, Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramiah menyatakan cadangan tersebut langsung tidak mencerminkan pendirian masyarakat India di negara ini malah satu cubaan untuk ‘memangsakan’ pelajar demi politik.

Sebelum ini kerajaan memutuskan tulisan Jawi hanya akan dilaksanakan jika Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) setuju mengenainya.

Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan akan teruskan seperti biasa dan Jemaah Menteri turut mengekalkan keputusan untuk pengenalan tulisan Jawi itu dimuatkan sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks. –MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/26/tulisan-jawi-percuba-mangsakan-pelajar-untuk-politik-kkim/

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/25/kpm-tidak-tegas-ngo-bakal-naik-kepala/

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/25/tulisan-jawi-sekat-ajak-pelajar-ponteng-sekolah-sebagai-protes-terakhir/