Home Penulis Artikel Oleh Noor Asrekuzairey Mat Salim

Noor Asrekuzairey Mat Salim

209 Artikel 0 Komen

SUSPEK TAHANAN REMAN WARGA KOREA UTARA

Gambar kiri menujukkan suspek keluar dari lokap jam 10pagi dan jam 11.50pagi suspek tahanan reman warga Korea Utara, Ri Jong Chol (kanan) dibawa masuk kembali ke lokap dipercayai selepas disiasat sambil diiringi anggota polis berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang dipercayai mati dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari lalu, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 FEBRUARI 2017.

DS Rosmah Mansor Rasmi Hari Kraf Kebangsaan 2017

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertanyakan sesuatu kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) ketika melihat tenunan Bibah Songket yang di tunjukkan oleh Pembuat Songket, Sabrena Shamsul (kiri) ketika melawat tapak pameran selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2017 di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 23 FEBRUARI 2017.

Kelibat Suspek Dan Wakil Kedutaan Korea Utara di IPD Sepang

Dipercayai kelibat seorang suspek warga Korea Utara (kanan) dibawa oleh anggota polis selepas selesai disoal siasat oleh pegawai siasatan kira-kira empat jam yang bermula dari 12.05petang, berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLIA2, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 FEBRUARI 2017.

STAFOC Lengkap Bersenjata di IPHK

Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFK) berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLI2, Hospital Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2017.

DS Ismail Sabri Hadir Perkhidmatan Cemerlang KKLW

Reaksi spontan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika bergambar bersama penerima-penerima Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2016 di Dewan Maeps, Serdang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 20 FEBRUARI 2017

Raja Muda Selangor Berswafoto Dengan Belia Selangor

Aksi spontan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berswafoto kenangan bersama peserta Belia Selangor selepas Majlis Pelancaran Minggu Belia Selangor 2017 di Sunway Resort, Bandar Sunway, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 FEBRUARI 2017

Menteri Wilayah Lancar Program Jabatan Pengurusan Maklumat (ICT) DBKL

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melancarkan Program Jabatan Pengurusan Maklumat (ICT) DBKL, turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan (dua kiri) pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Institut Latihan DBKL (IDB), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 FEBRUARI 2017

Ku Nan Hadir Sesi Perkenal Pemain Pasukan Bola Sepak DBKL Liga...

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bergambar kenangan bersama Penaja dan Pemain Pasukan Bola Sepak DBKL Liga FAM selepas Majlis Pengenalan Pasukan DBKL turut serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Institut Latihan DBKL (IDB), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 FEBRUARI 2017

Jual sambil beramal stail Preloved Attack

Menurut Nabila, Preloved Attack adalah satu konsep jualan pakaian terpakai yang masih dalam gaya dan trend dengan harga tidak lebih dari RM50 sahaja.

Makan Malam Lou Sang FGV Bersama Pengamal Media

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad (tengah) bersama pengamal media menggaul Yee Sang pada Majlis Makan Malam Lou Sang FGV bersama media di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 07 FEBRUARI 2017