Kamarul Ramizu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu melengkapkan siasatan kes SPRM.

Lelaki tersebut, Kamarul Ramizu Idris, 51, mempunyai alamat terakhir di No. 75, Lorong 7, Taman Suria, 34000 Taiping, Perak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penguasa Md. Muiz Md. Ali di talian 012-4166937 atau Penolong Penguasa Muhammad Faiz Murad di talian 019-4480625. – MalaysiaGazette