PDRM MACC Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal corruption US$10 million London home ex-lover
Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) Director, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 03 JULY 2021 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan .Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 JULAI 2021

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 laporan polis telah diterima setakat ini berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa ada pihak yang mencetus kemelut politik ketika ini kerana beliau enggan mencampuri urusan mahkamah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka oleh Bukit Aman bagi menjalankan siasatan lanjut membabitkan kesemua laporan yang diterima polis.

“Saya boleh sahkan setakat ini sebanyak 10 laporan polis telah diterima oleh Bukit Aman.

“Kita kini sedang giat melakukan siasatan mengenai perkara ini dalam pelbagai sudut.

“Setakat ini, kita belum lagi panggil dan rakam keterangan mana-mana individu bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan saya enggan campur tangan urusan mahkamah tidak disenangi – PM 

Sebelum ini, Pemuda UMNO Bahagian seperti Pasir Puteh, Tambun, Kampar, Langkawi dan Alor Setar membuat laporan polis berhubung isu terbabit.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook berkata, laporan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan sama ada wujud desakan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung.-MalaysiaGazette