Foto Instagram Aeril Zafrel.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Aeril Zafrel meluahkan rasa hatinya selepas kehilangan ibu yang tersayang sejak 10 tahun lalu.

Menerusi entri di Instagram miliknya Aeril yang juga usahawan berjaya berkongsi video yang mengimbau kenangan bersama arwah ibunya.

“Dah hampir 10 tahun beraya tanpa ibu. Al-Fatihah buat mereka.

“Ingatan mungkin akan pudar, namun kami mengabadikan setiap detik kenangan untukmu.

“Wishing all the mum, Happy Mother’s Day,” tulisnya yang mengundang rasa sayu di kalangan pengikutnya. – MalaysiaGazette