KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 drama bakal dinilai sebagai Drama Terbaik selain kategori baharu diperkenalkan dalam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang akan diadakan ‪pada 2 November‬ ini.

12 drama berkenaan ialah 4K, Abang Kandung, Aku Nazmi, Cucu Atuk, Dosa Perempuan, Fatonah Azali, Kasih Seorang Ayah, Luyak, Nisaa, Pendosa Ingin Ke Syurga, Qalbu dan Tulus Cinta.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, kategori baharu itu yang julung kalinya diperkenalkan ialah bawah kategori drama iaitu drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Rantaian.

“Tahun ini ASK2018 memperkenalkn tiga kategori baharu dan ia sesuatu yang lain daripada sebelum ini,” katanya pada pelancaran ASK2018 di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, di sini, semalam.

Anugerah berkenaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Secara keseluruhan, ASK2018 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Malam ASK2018 bakal menyaksikan 24 kategori dipertandingkan manakala pemenang enam lagi kategori iaitu bukan drama akan diumumkan dalam slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada Ahad ini bermula 12 tengah hari.

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) yang tercalon pula adalah Andainya Takdir 2, Isteri Untuk Diiktiraf, Nafas, Nur, Raisha dan Teratai Kemboja.

Bagi Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina yang tersenarai ialah Green Wall, Growth Behind The Sun, Persona 2, The Men In Black School dan The Memoir of Majie.

Manakala, pencalonan bagi kategori Drama Komedi Terbaik pula ialah Aku Dia Lagu, Mak Cun 4, Mat Rukun, Suamiku Mat Piun dan Shah & Zam.

Untuk Filem Terbaik, karya yang dicalonkan ialah Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit, Blok 404, Bukan Cinta Malaikat, Buskers, Dukun, Hijabsta Ballet, Kau Takdirky, Kau Yang Satu, KL Special Force, KL Wangan #Bikingempak, Peransang Rentap, Pinjamkan Hatiku, Pulang, Rempit Sampai Langit dan Tombirou: Penunggu Rimba.

Menariknya edisi ke 22 ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendali malam anugerah sebaliknya akan diserikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazleib, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Berikut ialah senarai kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018.

  1. Drama Terbaik

  2. Pengarah Terbaik Drama

  3. Lakon TV Terbaik

  4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama

  5. Pelakon Wanita Terbaik Drama

  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

  7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

  8. Drama Rantaian Terbaik

  9. Pelakon Komedi Terbaik

  10. Drama Komedi Terbaik

  11. Videografi Drama Terbaik

  12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)

  13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)

  14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)

  15. Rancangan Majalah Terbaik

  16. Rancangan Realiti Terbaik

  17. Rancangan Anugerah Terbaik

  18. Filem Terbaik

  19. Lakon Layar Terbaik

  20. Pengarah Terbaik Filem

  21. Pelakon Wanita Terbaik Filem

  22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem

  23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

  24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

  • MalaysiaGazette