Kebakaran hutan California antara penyumbang cuaca panas dunia. foto Agensi

CALIFORNIA – Kebakaran besar-besaran yang berlaku di California membabitkan lebih daripada 4 juta ekar atau 1.6 juta hektar kawasan pada tahun ini, lebih dua kali ganda berbanding rekod sebelumnya untuk setiap tahun.

Saiz kawasan yang terbakar lebih besar daripada Connecticut.

California adalah negeri yang memiliki populasi paling ramai di Amerika Syarikat.

Perkhidmatan bomba negeri memaklumkan lima daripada enam kebakaran terbesar dalam sejarah tahun ini berlaku akibat gelombang panas dan kilat kering.

Ia disebabkan pemanasan global yang disebabkan oleh manusia.

Sekurang-kurangnya 31 orang mati dalam kebakaran tahun ini dan lebih 8,454 kediaman dan struktur lain musnah, kata Cal Fire sate dalam satu kenyataan.

Kawasan kebakaran yang berlaku di California pada tahun 2018 hanya melibatkan 2 juta ekar.

Namun ia menyaksikan kebakaran paling menakutkan.

Kejadian itu mengorbankan sekurang-kurangnya 85 orang awam dan memusnahkan hampir 19,000 struktur di dalam dan sekitar Paradise.

“Tidak ada kata-kata untuk menggambarkan apa yang sedang berlaku dan apa yang akan terus terjadi,” kata jurucakap Cal Fire, Scott McLean.

Menurutnya, kebakaran yang berlaku ini menunjukkan betapa keringnya keadaan dan ketidakstabilan pada tumbuh-tumbuhan.

California mengalami kemarau berpanjangan sekitar tahun 2010 hingga 2017, menyebabkan penyakit dan serangan yang membunuh berjuta-juta pokok.

Tekanan kebakaran ini berlaku selama lebih dari satu abad, meninggalkan pohon-pohon mati, mengubah beberapa hutan menjadi kawasan bahaya kerana mudah terbakar.

Harga hartanah bandar dan pembinaan rumah kedua menyaksikan pertumbuhan komuniti di kawasan pinggiran dan kawasan yang secara semula jadi terbakar selama ribuan tahun.

Anggota-anggota bomba dijangka dapat berehat sekarang susulan suhu sejuk di Utara California dengan kemungkinan hujan, kata Cal Fire. – MalaysiaGazette