KABUL – Lima anggota tentera Afghanistan maut manakala 10 cedera dalam insiden serangan sebuah kapal pangkalan tentera.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan Afghanistan menerusi jurucakapnya Dawlat Waziri.

Katanya, kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu menerusi tentera propagandanya, Amaq.

“Satu batalion tentera Afghanistan diserang pagi tadi dengan tujuan untuk menghuru-harakan pasukan ini.

“Insiden membabitkan lima pengebom nekad, namun dua daripada mereka berjaya ditembak mati sebelum meletupkan diri, manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan.

“Kejadian ini menyebabkan lima kematian dan 10 lagi mangsa cedera,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tambah beliau, pihak tentera berjaya merampas sebuah roket, dua raifal Kalashinkov dan jaket yang dipenuhi bahan letupan daripada penyerang.

Sementara itu menurut pihak berkuasa, serangan berlaku ke atas sepasukan batalion tentera berhampiran akademi tentera Marshal Fahkim yang menjadi lokasi latihan pegawai atasan tentera. -MalaysiaGazette