Ketua aktivis Semboyan, Muhammad Yusuf Azmi mengesahkan perkara itu dalam hantaran media sosialnya.

KUALA LUMPUR – Aktivis Persatuan Semboyan Malaysia (Semboyan), Ali Salimin atau dikenali Abang Ali meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Muar, Johor hari ini.

Ketua aktivis Semboyan, Muhammad Yusuf Azmi mengesahkan perkara itu dalam hantaran media sosialnya.

Mohon maaf, saya tidak dapat jawab sebarang panggilan. Saya sekarang dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan mandikan jenazah Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali),” tulisnya.

Difahamkan, Abang Ali sebelum itu terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS sebelum simpang ke Muar.

Abang Ali dan Yusuf antara ahli Semboyan yang lantang memperjuangkan mangsa penipuan ahlong dan isu-isu berkaitan agama Islam di negara ini. – MalaysiaGazette