Foto Instagram Afdlin Shauki.

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki berkongsi berita sedih apabila adiknya, Jefri Adzman terlibat dengan satu kemalangan semalam.

Menerusi entri di Instagram miliknya, dia memaklum Jefri perlu menjalani pembedahan untuk membuang pendarahan di otaknya.

“Ya Allah … kau selamatkanlah adik aku Jefri Adzman bin Aksan yg baru sahaja ditimpa kemalangan tadi. Dia akan masuk ke surgeri pukul 6.30petang ini (Ahad) untuk membuang pendarahan di otaknya.

“Dia adalah adik yg terbaik yg mana mana abg akan ada. Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkanlah dia seperti sediakala. Aku hambamu yang hina memohon padamu ya Allah. Selamatkanlah beliau!” tulisnya.

Afdlin turut memohon kepada teman-teman dan saudara-mara untuk mendoakan semoga adiknya pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

“Jef kena kuat! You can make it dik! You are strong!! Stronger than me!! Tolong doakan sahabat!” pohon Afdlin lagi. – MalaysiaGazete