Agihan 4.25 Sen Seunit ASB Lebihi Kadar Inflasi | EDISI MG 2 ptg – 31 Dis 2020

Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4.25 seunit bagi tahun kewangan 2020 adalah kompetitif dengan mengambil kira situasi pasaran dan ekonomi semasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ASB merupakan satu unit amanah yang unik kerana ia berharga tetap atau nilainya tidak pernah berubah.