Razarudin menyaksikan serah terima tugas jawatan Pengarah JPJKK Bkt Aman antara Mustafa Khan (kiri) kepada Aidi Ismail (kanan) dalam satu istiadat PDRM di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini dengan norma baharu pematuhan SOP.Foto Ihsan Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Komisioner Datuk Aidi Ismail kini Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.

Pelantikan beliau telah disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid.

Razarudin berkata, majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah berlangsung di Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, pada hari ini.

Turut berlangsung serah terima tugas Pengerusi Perkep JPJKK di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini. Gambar Ihsan Bukit Aman

“Dalam majlis berkenaan, Pemangku Pengarah JPJKK, Deputi Komisioner Datuk Dr. Mustafa Khan Abdul Samat telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab tersebut kepada Aidi dengan disaksikan oleh saya, selaku Timbalan Ketua Polis Negara.

“Majlis serah terima tugas tersebut turut melibatkan penyerahan jawatan Pemangku Pengerusi PERKEP JPJKK daripada Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani kepada yang mulia Datin Raja Asaudat Raja Muda, dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia Datin Zainah Othman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis serah terima tugas jawatan Pengarah JPJKK Bukit Aman berlangsung dengan istiadat PDRM dan norma baharu SOP yang ditetapkan di Bukt Aman hari ini. Gambar Ihsan Bukit Aman

Beliau dan juga seluruh warga PDRM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Aidi atas pelantikan tersebut.

“Saya yakin dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, beliau mampu memikul amanah ini dengan cemerlang, sekali gus memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran yang mendatang,” kata beliau. – MalaysiaGazette