Ajax juara Liga Belanda kali ke-34

BELANDA – Ajax menjulang kejuaraan Piala Liga Eredivisie untuk kali ke-34 semalam.

Kali terakhir Ajax menjulang piala itu pada tahun 2014 dan PSV Eindoven merupakan juara edisi musim lalu.

Ajax juga menamatkan saingan liga domestik itu dengan 86 mata dan 119 gol dalam 34 perlawanan diikuti PSV Eindoven di tempat kedua dengan 83 mata, sekali gus mara ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Feyenoord menamatkan saingan liga Belanda di tempat ketiga selepas menang 4-1 menentang Fortuna Sittard yang juga aksi terakhir untuk jurulatihnya Giovanni van Bronckhorst.

Manakala Frankie de Jong dan Matthijs de Ligt beraksi untuk kali terakhir bersama Ajax apabila kedua dua pemain dikaitkan dengan Barcelona.

De Jong sudah memeterai kontrak bernilai 65 juta pound bersama the Catalans dan beberapa rakan sepasukannya di Ajax juga bakal berhijrah ke beberapa kelab elit Eropah.- MalaysiaGazette