Ali Hamsa dies Chief secretary government
Allahyarham Ali Hamsa

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland, hari ini.

Allahyarham berusia 64 tahun.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataannya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Sesungguhnya pemergian beliau di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan pentadbiran awam,” katanya.

Ali merupakan tokoh besar dalam perkhidmatan awam negara.

Anak jati Johor itu dilantik sebagai KSN ke-13 pada 24 Jun 2012 sehingga 28 Ogos 2018.

selepas menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik pada tahun 1981.

Allahyarham pernah menabur bakti di pelbagai kementerian dan jabatan antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi, Institut Tadbiran Awam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette