“Aman Jaya, Kedah Kena PKPDP” Berkuatkuasa 12.01 Malam Ini | EDISI MG 8mlm – 27 Ogos 2020

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran (PKPDP) di Aman Jaya, Kedah susulan kes penularan Covid-19.

PKPD itu berkuatkuasa jam 12.01 malam, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan melibatkan tiga zon di Aman Jaya iaitu Kenanga, Mawar dan Melur Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPDP itu melibatkan 22,360 isi rumah (265 rumah) dan kesemua akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).