Home Nasional Amaran angin kencang

Amaran angin kencang

KUALA LUMPUR – Angin kencang dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/j) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selama tiga hari sehigga Selasa ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Katanya, keadaan laut di perairan pantai dan timur itu turut dijangka bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter (m) justeru berbahaya untuk semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk penangkapan ikan dan perkhidmatan feri.

Amaran tahap kedua juga tetapkan bagi seksyen perkapala di kawasan perairan Samui, Condore, Reef South, Layang-Layang, Palawan, Tioman, Bunguran dan Reef North.

Manakala amaran pertama untuk kawasan perairan tengah Samui, Bunguran, Reef South, Wilayah Persekutuan Labuan dan Palawan.

Sementara itu, cuaca buruk dijangka berlaku di Sabah (Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman) sehingga Rabu, 20 Disember ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional MetMalaysia, gempa sederhana berlaku di koordinat 28.0 utara dan 139.4 timur iaitu 3,009 kilometer (km) Laut Pitas, Sabah namun tiada ancaman bencana itu yang dikeluarkan. -MalaysiaGazette.