Muhammad Sabda selepas laporan polis di IPD Sentul di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan Cabang Parlimen Batu hari ini membuat satu polis terhadap pemilik akaun Facebook yang didakwa memuat naik hantaran jelik berunsur menghina dan mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan Diraja.

Ketuanya, Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya berkata, pemilik akaun media sosial itu yang dikenalpasti sebagai lelaki tempatan juga didakwa telah membuat posting menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran tersebut.

“Pada Ahad lalu semasa saya berada di Jalan Ipoh, Sentul telah mengesan hantaran tangkap layar tular yang memaparkan akaun Facebook bernama din den oden pada jam 12.30 tengah hari.

“Kami mendapati kenyataan itu mempunyai elemen jenayah iaitu suatu penghinaan yang boleh mendatangkan kebencian ke atas Lembaga Pengampunan Diraja yang mana ia adalah prerogatif yang dimiliki Raja-Raja Melayu selain pemilik akaun itu juga menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh demikian, sebelum situasi menjadi parah, kami tampil ke Balai Polis Sentul dan selesai membuat laporan polis sebagai meminta kerjasama pihak polis melakukan siasatan terhadap hantaran lelaki itu dan mengambil tindakan lebih tegas,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Muhammad Sabda

Menurut Muhammad Sabda, beliau percaya pemilik akuan tersebutberniat niat jahat bagi menimbulkan rasa tidak puas hati dan tidak setia dalam kalangan rakyat terhadap institusi raja dan kerajaan.

“Dalam tangkap layar itu saya melihat individu itu berpakaian uniform pasukan jadi saya percaya dia mungkin dari pasukan sukarela atau berniat sengaja memakai uniform itu, apapun saya mahu polis siasat lelaki itu dan perbuatannya,” katanya. -MalaysiaGazette