Bekas Perdana  Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan polis berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini. 
Najib Razak

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana  Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan polis berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini.

Menurut sumber, Najib ditemani peguamnya hadir di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram di lokasi berkenaan.

Siasatan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Isnin lepas, Najib telah hadir di unit tersebut bagi memberikan keterangan kira-kira satu jam.

— BERNAMA