Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas menyindir Kerajaan Parpaduan yang didakwanya sering bertelagah sesama sendiri.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menggunakan analogi ‘bermain mercun’ untuk disesuaikan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi.

“Anak-anak kecil bermain mercun bunga api, ‘anak-anak besar’ main meriam buluh tembak sesama sendiri di depan khalayak.

“Nampak gaya, memang tak kekal lama.. nampak gayalah,” sindir Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut berkongsi tangkap layar laporan media mengenai ‘pertelagahan’ terbuka antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Antara paparan yang disertakan adalah sindiran pemimpin UMNO Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang serta perdebatan isu harga tambang penerbangan melibatkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau turut merujuk kenyataan pemimpin Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar bahawa hubungan PH-BN umpama kahwin dijodohkan oleh orang tua. – MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Budaya lebai2 politik yg tak suka org lain utk berbaik2 n berpakat2 sesama ummah.. tak dosa ka mengadu domba org lain agar saling bermusuh2an. Tunggu je la pru 16 utk menjadi kerajaan. Muak la dgn sikap lebai2 yg kehilangan kuasa n tahta ni.

  2. Ahmad Fadhli Shaari ni nama ja Islam tapi “Kepala Otak Batu Api”, mulut celupar meroyan, didikan Islam tapi bikin memalukan..jadilah pembangkang berhemah demi Negara Malaysia..

  3. Ni species sama mcm MB Kedah..mulut puaka tak da akhlak Islam langsung…dulu masa DS Najib gesa kerajaan utk benarkan pengeluaran KWSP, mamat musibat ni lah yg kata umpama meminang Puteri Gunung Ledang. Lepas tu skrg meroyan desak kerajaan benarkan pengeluaran KWSP. Pembangkang paling bangang..hari2 makan taik..makan gaji buta sama mcm Lebai Hadi..rakyat makin meluat dgn lebai2 musibat makan gaji buta otak 3 suku ni..dlm otak dia hari2 politik & betina…

Comments are closed.