Video menunjukkan Datuk Vida dan anaknya serta beberapa artis termasuk Nora Danish sedang menari lagu raya yang dinyanyikan Vida iaitu Lavida Raya.
Video menunjukkan Datuk Vida dan anaknya serta beberapa artis termasuk Nora Danish sedang menari lagu raya yang dinyanyikan Vida iaitu Lavida Raya.

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini anak perempuan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida dikritik netizen kerana berkulit gelap, kali Cik B dihentam lagi kerana berpenampilan selekeh dan berbaju sendat.

Cik B dikritik netizen dari sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon Nora Danish ke Instagram.

Video tersebut menunjukkan Datuk Vida dan anaknya serta beberapa artis termasuk Nora Danish sedang menari lagu raya yang dinyanyikan Vida iaitu Lavida Raya.

Ia merupakan rakaman Hari Raya dari sebuah program TV.

Rata-rata mengkritik penampilan Cik B yang selekeh dan berpakaian sendat.

Vida bagaimanapun mempertahankan anaknya yang berusia 13 tahun itu apabila membalas menerusi satu entrinya di IG.

Berikut merupakan luahan Vida;

“Semalam Rakaman POP TV RAYA..

“Sebab tu Cik B tak suka kluar TV…

“Tu pun puas pujuk..

“Terus kena..

“Cik B pakai Baju 2 lapis,” tulisnya.

Entri tersebut juga mendapat perhatian Nora Danish yang meninggalkan komen seperti berikut:

“Haih, Cik B itu still a kid…leave her alone please. Don’t worry Cik B sayang, look how banyak your supporters. We love you.

“Think positive and ignore the bawang family. Enjoy your childhood,” tulisnya. – MalaysiaGazette