Apandi Ali Dakwa Diberhentikan Secara Tidak Sah | EDISI MG 8mlm – 1 Oktober 2020

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dalam proses memulakan tindakan undang-undang ke atas Jabatan Peguam Negara kerana mendakwa diberhentikan secara tidak sah dari jawatan itu oleh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang diarah bercuti tanpa rekod oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu telah menghantar surat tuntutan kepada Jabatan Peguam Negara semalam.