Salah satu arca yang dihasilkan daripada bahan kitar semula.

JOHOR BAHRU – Sempena Persidangan perubahan iklim, Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023, lebih 15,000 tin dan dan botol minuman terpakai digunakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), untuk membentuk empat arca sebagai simbolik persidangan itu.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, empat arca berkonsepkan haiwan laut dugong dan kuda laut dibina secara kekal di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Manakala satu papan tanda utama yang diperbuat dari bahan kitar semula tin dan botol.

Katanya sebanyak 10,000 tin terpakai dan 4,000 botol kitar semula digunakan dalam penghasilan arca tersebut.

“Penghasilan arca selama empat minggu itu dibuat sempena Persidangan perubahan iklim, Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023 yang julung kalinya diadakan di Johor bermula hari ini hingga Jumaat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada).

Jelasnya, simbolik arca itu membawa maksud masalah yang dihadapi hidupan laut akibat daripada perubahan iklim.

Selain arca berkenaan, pelbagai mural sempena APCW 2023 juga dapat dilihat di sekitar pusat bandar raya ini.

Kerajaan negeri akan membentangkan rangka kerja hala tuju perjanjian hijau ‘Johor Green Deal’ pada persidangan perubahan iklim,

APCW 2023 di Johor Bahru akan membabitkan 2,000 delegasi dari 150 negara, yang akan memberikan peluang kepada Johor, khususnya untuk menambahbaik dari segi teknologi, kolaborasi dan idea.- MalaysiaGazette