Penjaga Gol ganti peter Cech
Bernd Leno akan melengkapkan perpindahan ke Arsenal dalam masa terdekat ini.

JERMAN – Unai Emery akan memastikan penjaga gol Bayer Leverkusen Bernd Leno berhijrah ke Stadium Emirates dalam masa terdekat ini.

Laporan di Jerman mendakwa pengurus baharu Arsenal itu bakal mengumumkan pemain berusia 26 tahun itu sebagai pemain kedua yang direkrut ke London Barat.

Penjaga gol antarabangsa Jerman dijangka menggantikan Petr Cech untuk jangka masa panjang.

Sejak jendela perpindahan pemain dibuka sejak 1 Jun lalu, the Gunners tidak begitu banyak membuang masa untuk melabur dalam pemain baharu ke kelab itu menghadapi musim Liga perdana Inggeris 2018/19 Ogos ini.

Arsenal dikatakan bersetuju kontrak bernilai £22 juta (RM117 juta) bersama Bayer Leverkusen.

Minggu lalu Arsenal mengikat khidmat pemain Juventus Stephan Lichtsteiner secara percuma.

Satu lagi laporan yang memihak kepada Arsenal juga mengatakan bahawa penyerang Barcelona, Joel Lopez telah menolak rundingan kontrak baharu untuk menyertai Arsenal.- MalaysiaGazette