Vanessa Angel

KUALA LUMPUR – Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran atas talian membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (kira-kira RM24,000) untuk sekali perkhidmatan.

Agensi berita Antara melaporkan, hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi pada perbicaraan di Pengadilan Negeri Surabaya, petang semalam.

Vanessa, 27, dijadual dibebaskan hujung bulan ini kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 31 Januari lalu.

Vanessa ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu. – MalaysiaGazette