Mike Pompeo. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan membatalkan atau menafikan visa yang diberikan kepada kakitangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang cuba menyiasat atau mendakwa tuduhan penderaan yang dilakukan tentera AS di Afghanistan atau di tempat lain, kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo.

Pompeo berkata, AS telah telah bertindak terhadap beberapa kakitangan mahkamah itu, namun enggan menyatakan bilangannya atau kes yang mereka siasat, lapor AP.

Kini Pendakwa Raya ICC mempunyai permintaan tertangguh yang mahu ia menyiasat kemungkinan terdapat jenayah perang di Afghanistan yang mungkin membabitkan warga AS.

Kerajaan Palestin juga telah meminta mahkamah itu membawa kes yang melibatkan Israel.

“Kami telah tentukan untuk melindungi warga AS dan tentera bersekutu dan kakitangan awam daripada hidup dalam ketakutan terhadap pendakwaan yang tidak adil kerana tindakan diambil untuk mempertahankan negara kami,” kata Pompeo.

Beliau menambah, kakitangan mana-mana mahkamah yang mahu dan telah mengambil tindakan ‘untuk meminta atau melanjutkan siasatan’ boleh memohon visa terhad.

“Visa terhad ini boleh juga digunakan untuk menghalang usaha ICC untuk mengejar kakitangan bersekutu termasuk Israel tanpa persetujuan pihak bersekutu,” katanya.

AS bukan angguta ICC. – Agensi