Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak muda bahawa anda mampu mencapai kata sepakat dan bekerjasama.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menangguhkan kemasukan pelajar lama dan baharu ke kampusnya berkuatkuasa pada 2 Oktober lalu sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, ASWARA mengeluarkan arahan itu ekoran penularan Covid-19 dan arahan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sehubungan itu, semua sesi bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara atas talian.

“Pihak Pengurusan ASWARA memutuskan agar aktiviti berbentuk indoor dan outdoor di ASWARA seperti program persembahan, program sukan, bengkel dan program sosial yang telah dijadualkan seperti perancangan sebelumnya ditangguhkan sehingga diberitahu kelak,” katanya.- MalaysiaGazette