Foto Eurosport.

LONDON – Arsenal terus dirundung malang apabila dua penyerang mereka ,Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette disahkan positif Covid-19, lapor Eurosport.

Kedua-dua pemain itu tidak beraksi aksi pembuka tirai di Brentford Jumaat lalu di mana mereka tewas 2-0.

Ketika itu, kelab tidak memberi alasan di atas ketiadaan tonggaknya itu.

Namun Aubameyang yang merupakan kapten pasukan dirakam menghadiri majlis hari jadi beberapa hari sebelum didapati positif dan dia kini kembali negatif sebelum dinilai semula sebelum perlawanan menentang Chelsea Ahad ini.

Media Inggeris melaporkan perlawanan itu hampir ditangguhkan selepas kem Arsenal terpaksa mengambil ujian Covid-19 tambahan pada hari perlawanan.

Ia berpunca daripada keputusan positif empat pemain Arsenal termasuk dua lagi iaitu Willian dan Alex Runarsson sebelum perlawanan berkenaan.

Sementara itu, majlis hari jadi dibenarkan di bawah garis panduan Covid-19 baharu yang lebih longgar oleh kerajaan.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini diarahkan mengadakan ujian dua kali seminggu. – MalaysiaGazette