Baby Shima dan KJ

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Baby Shima buat u turn dan mengumumkan tidak jadi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Keputusan itu dibuat selepas selepas berjumpa dengan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ).

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik menerusi Instagram petang semalam.

“Maaf semua tak jadi nak tanding,” tulisnya ringkas.

Sebelum itu, dalam videonya, Baby Shima bertanya kepada KJ negeri mana yang sesuai untuk dirinya bertanding dalam PRN.

KJ kemudiannya memaklumkan Baby Shima sesuai bertanding di negeri Kelantan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Baby Shima mahu bertanding dalam PRN