DENPASAR – Bali dijangka mengenakan levi kepada pelancong asing sebanyak AS$10 bagi memelihara alam sekitar dan kebudayaan.

Pentadbir Bali telah merangka undang-undang mengenai levi tersebut dan sedang membincangkannya dengan ahli-ahli parlimen sejak Disember.

Gabenor Bali, Wayan Koster berkata, hasil daripada cukai pelancongan itu akan digunakan untuk membiayai program-program pemeliharaan alam sekitar dan kebudayaan Bali.

“Ini akan memberikan kami kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk menyokong pembangunan di Bali,” katanya.

Bali yang merupakan pusat pelancongan terkenal dunia menerima kira-kira 5.7 pelancong asing pada tahun 2017 yang mana kebanyakannya datang dari China dan Australia.

Jumlah tersebut dijangka meningkat melebihi enam juta pada tahun 2018 ketika pulau itu menjadi hos acara antarabangsa seperti Mesyuarat Tahunan IMF-World Bank.

Menurut Koster, cukai baharu itu hanya akan dikenakan kepada pelancong asing dan bukannya pelancong tempatan.-MalaysiaGazette