KUALA LUMPUR – Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah menarik perhatian netizen di media sosial apabila memuat naik gambar memegang sejambak bunga.

Dalam hantaran di Instagram miliknya, turut kelihatan seorang lelaki bersongkok berkemeja biru lengan pendek namun tidak  mendedahkan wajahnya.

Tanpa kapsyen lain, Hidayah hanya meletakkan dua emoji hati berwarna biru cair.

Gambar tersebut kemudian mencetus tanda tanya sama ada ibu tunggal berusia 32 tahun itu sudah menemui pengganti Abam Bocey.

Di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Hidayah sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 8 Disember 2017.

Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.

Bagaimanapun, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor. – MalaysiaGazette