Eksekutif Jenama, Bahagian Pengguna dan Minuman Kalbe Malaysia Sdn. Bhd, Raja Khairul Fitri Raja Kamal Pasmah kepada salah seorang Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Kalbe Malaysia Sdn. Bhd. (Kalbe), syarikat pengeluar minuman penambah tenaga jenama Extra Joss telah menyumbang 2,000 kotak minuman itu kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sejak 10 hari lalu.

Eksekutif Jenama, Bahagian Pengguna dan Minumannya, Raja Khairul Fitri Raja Kamal Pasmah berkata, sumbangan itu bagi menghargai peranan kira-kira 500 barisan petugas hadapan yang memerangi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega itu.

“Sejak 10 hari lalu, kami membancuh sebanyak 200 kotak Extra Joss sehari dan menghidangkan kepada kira-kira 500 petugas barisan hadapan di sini bagi menghargai peranan mereka.

“Selain itu, sekurang-kurangnya sumbangan kami ini dapat mengurang beban kepada pihak penganjur yang memerlukan tajaan daripada syarikat korporat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di MITEC di sini hari ini.

Sementara itu, MITEC mula beroperasi sebagai PPV mega sejak 31 Mei lalu.

Eksekutif Jenama, Bahagian Pengguna dan Minuman
Kalbe Malaysia Sdn. Bhd, Raja Khairul Fitri Raja Kamal Pasmah bercakap kepada ketika ditemubual mengenai minuman Extra Joss yang diletakkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 JULAI 2021.

Mengulas lanjut, Raja Khairul Fitri menambah, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan terus diperluas ke PPV mega lain sebagai usaha pihaknya membantu kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, ini program seumpama itu membantu meningkatkan momentum petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Diharapkan program ini dapat diteruskan ke PPV mega lain dalam usaha kami bekerja sama dengan pihak penganjur PPV.

“Pada masa sama, kami juga ingin menghargai pelanggan setia kami yang rata-rata datang daripada golongan pertengahan dan ke bawah sejak kami bertapak di Malaysia bermula 10 tahun lalu,” katanya.

Jelas beliau, pada masa sama, Kalbe berharap dapat mempromosi jenama Extrajoss sebagai produk tempatan kerana telah memiliki kilang di Muar, Johor sejak tiga tahun lalu walaupun produk itu diimport dari Indonesia sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, Extra Joss kini mencatat jualan lebih RM8 juta setahun dengan sasaran pembeli di luar kawasan bandar. – MalaysiaGazette

Air minuman penambah tenaga Extra Joss diletakkan untuk petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 JULAI 2021.