Keadaan lokasi bangunan empat tingkat yang runtuh di Sicily. foto tbsnews.net

MILAN – Sebuah bangunan empat tingkat runtuh di bandar Ravanusa, Sicily ekoran letupan gas dan penyelamat sedang mencari 12 penduduk yang hilang, termasuk tiga kanak-kanak, lapor agensi berita ANSA.

ANSA berkata, bangunan itu terbakar selepas paip gas asli meletup di bandar 11,000 berhampiran Agrigento, bandar barat daya Sicily yang terkenal dengan kuil Greek.

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan telah mula menggali runtuhan untuk mencari yang terperangkap, termasuk pasangan muda yang sedang mengandung.

Letupan itu merosakkan sekurang-kurangnya dua lagi bangunan di tengah bandar, kata ANSA. – Reuters