Foto: Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 12 jalan raya di Terengganu terjejas termasuk tujuh yang ditutup sepenuhnya, akibat banjir yang melanda negeri itu, bermula jam 8 pagi tadi.

Portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) menyatakan tujuh jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan, manakala lima lagi ditutup kepada kenderaan ringan.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Tepus-Kuala Jengal; Jalan Sungai Tong-Pelong; Jalan Jertih/Pasir Akar-Keruak; Jalan Jabi/Oh/Pasir Akar; Jalan Jertih/Pasir Akar-Keruak; Jalan Permaisuri-Hulu Seladang dan Jalan Cengal Besar/Kuala Loh.

Jalan yang dibuka kepada kenderaan berat sahaja ialah Jalan Kemasik/Air Jernih/Ibok/ Paman; Jalan Kertih-Batu Putih; Langkap/Pelong; Jalan Jerangau-Jabor dan Jln Chalok-Telaga Papan.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan ketika keluar rumah. – Bernama