Kontrak Ketua Setiausaha Perbendarahaan (KSP), Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dipendekkan kepada 14 Jun ini dan berkuatkuasa hari ini beliau dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kontrak Ketua Setiausaha Perbendarahaan (KSP), Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dipendekkan kepada 14 Jun ini dan berkuatkuasa hari ini beliau dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

PUTRAJAYA – Kita tunggu dan lihat,” kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah ketika ditanya mengenai bayaran yang perlu dibuat oleh 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Pembayaran kedua itu patut dijelaskan bulan ini namun Irwan yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah 1MDB enggan menjawab sama ada MOF Inc selaku pemilik entiti berkenaan telah bersedia untuk membuat pembayaran atau tidak.

Bayaran sebanyak AS$602.75 juta telah dijelaskan secara dua peringkat pada Ogos selepas mendapat kelulusan IPIC untuk meminda terma dan syarat pembayaran yang sepatutnya diselesaikan pada Jun.

1MDB kini perlu menjelaskan baki sebanya AS$602 juta lagi menjelang akhir tahun ini.

Irwan sebelum itu menghadiri Majlis Apresiasi Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – MalaysiaGazette