Fiza Halim.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dikatakan bekas adik ipar Fiza Halim tampil  mendedahkan di media sosial punca pelakon itu dan abangnya bercerai.

Menurut wanita dikenali sebagai Afrina  mendedahkan pelakon itu menjalinkan hubungan cinta dengan abangnya, Aizat ketika itu masih suami orang dan bernikah secara senyap.

Mendedahkan perkara itu di Twitter, wanita itu turut mendakwa Fiza seorang mata duitan dan tidak menghormati keluarga bekas suaminya.

Dakwa wanita itu lagi, selepas lima bulan berkahwin, abangnya mahu berpisah dengan Fiza selepas mengetahui perangai sebenarnya.

Dakwa wanita itu lagi, selepas daripada pulang bercuti bersama keluarga, abangnya terus menghilangkan diri selama setahun lebih dan ketika itu panggilan telefon tidak dijawab malah tidak jumpa dengan anak bersama bekas isterinya.

Tidak hanya setakat itu, wanita itu mendakwa Fiza memfitnah bekas ibu mertuanya menyihirknya sedangkan pelakon itu didakwa mahu memisahkan bekas suami dengan ibunya.

Dakwa wanita itu lagi, Fiza banyak  memburukkan suami sendiri berikutan abangnya tidak dapat bekerja selama tiga bulan susulan pandemik melanda.

Meskipun berdepan kesusahan, wanita itu mendakwa ibunya yang juga ibu mertua Fiza banyak membantu mereka termasuk memberikan duit belanja meskipun sebelum itu dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Fiza mengenai dakwaan tersebut yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. – MalaysiaGazette