Para petugas barisan hadapan antara kumpulan pekerja yang bekerja lebih masa semasa pandemik Covid-19. Gambar hiasan

GENEVA – Bekerja selama berjam-jam membunuh beratus-ratus ribu orang dalam setahun dalam trend yang semakin buruk dan semakin meningkat disebabkan oleh pandemik Covid-19, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam kajian global pertama mengenai kehilangan nyawa berkaitan waktu kerja yang lebih lama, kajian dalam jurnal Environment International menunjukkan 745,000 orang mati akibat strok dan penyakit jantung.

Penyakit ini berkaitan dengan waktu kerja yang panjang pada tahun 2016.

Jumlah itu adalah peningkatan hampir 30 peratus dari tahun 2000.

“Bekerja 55 jam atau lebih setiap minggu adalah bahaya kesihatan yang serius,” kata Dr Maria Neira, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Kesihatan WHO.

Kajian bersama, yang dihasilkan oleh WHO dan Organisasi Buruh Antarabangsa juga menunjukkan kebanyakan mangsa (72 peratus) adalah lelaki dan berusia pertengahan atau lebih tua.

Kajian ini juga menunjukkan penduduk yang tinggal di Asia Tenggara dan wilayah Pasifik Barat – wilayah yang ditentukan oleh WHO yang merangkumi China, Jepun dan Australia – paling banyak terjejas.

Secara keseluruhan, kajian yang berdasarkan data dari 194 negara menunjukkan bahawa bekerja 55 jam atau lebih seminggu dikaitkan dengan risiko strok 35 peratus lebih tinggi dan risiko kematian 17% lebih tinggi akibat penyakit jantung berbanding dengan 35- 40 jam seminggu bekerja.

Kajian ini merangkumi tempoh 2000-2016 dan tidak termasuk pandemik Covid-19.

Tetapi lonjakan kerja di luar pada kebiasaan dan penyusutan ekonomi global yang disebabkan oleh koronavirus mungkin telah meningkatkan risiko.

“Pandemi ini telah melanjutkan waktu kerja,” kata WHO, menganggarkan sekurang-kurangnya 9.0 peratus indivdiu bekerja berjam-jam. – MalaysiaGazette