Foto Instagram Azhar Sulaiman. Andika Rees Pahamin (kiri).

KUALA LUMPUR – Pelakon Azhar Sulaiman merakamkan ucapan terima kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas pembetulan keputusan Sijil Peperiksaan (SPM) anak lelakinya.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, anak Azhar, Andikan Rees Pahamin, 18 yang mengambil lapan subjek itu telah memperoleh keputusan terkini iaitu 7A dan 1B bagi subjek Bahasa Melayu.

Sebelum ini, anak kembarnya itu hanya memperolehi gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Keputusan SPM Rees telah diperbetulkan. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas pembetulan ini.

“Keputusan muktamad buat anak kembar tidak seiras saya. Leona 7A & Rees 7A… barulah betul bunyinya,” tulisnya.

Sementara itu, keputusan SPM kembarnya iaitu Kasih Iris Leona yang mendapat 7A turut dibuat semakan namun tiada perubahan dalam gred yang diperoleh. – MalaysiaGazette