1MDB

KUALA LUMPUR – Bon-bon 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kukuh sebelum pembayaran arbitrasi kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC) sebanyak AS$603 juta (RM2.58 bilion) minggu depan.

Bayaran tersebut adalah separuh daripada jumlah yang telah dipersetujui oleh 1MDB dan Kementerian Kewangan kepada IPIC sebagai penyelesaian yang mana pembayaran kedua dijadualkan tamat pada hujung 2017.

Kebarangkalian bon tersebut gagal dibayar adalah sangat rendah dalam tempoh hampir tiga tahun.

Bagaimanapun, situasi akan berubah sekiranya berlaku kegagalan atau kelewatan pembayaran yang sepatutnya dilaksanakan menjelang Isnin.

Ketika Malaysia mendapat semula perhatian daripada pelabur yang tidak lagi fokus kepada siasatan 1MDB dan dalam masa yang sama, pemulihan ekonomi juga sedang berlaku, Macquarie Bank Ltd. memberi amaran sekiranya berlaku kegagallan dalam pembayaran IPIC, sentimen pelabur akan kembali terjejas dan sekali gus menjadi liabiliti kepada kerajaan.

“Syarikat ini masih disokong oleh Kementerian Kewangan dan pasaran akan mengaitkannya dengan kerajaan,” kata Ketua Pasaran Saham Asing dan Strategi Pendapatan Tetap Macquarie Bank di Singapura.

“Namun ini bukan lagi sebab utama kerana kecoh-kecoh mengenai 1MDB telah mula senyap,” katanya.

1MDB bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion kepada IPIC sebagai penyelesaian terhadap pertikaian hutang di antara kedua-dua pihak dan menyatakan obligasi itu akan dilaksanakan dengan menjual unit-unit daripada dana pelaburannya sendiri.

Presiden 1MDB, Arul Kanda bagaimanapun enggan memberi sebarang komen manakala Kementerian Kewangan juga tidak membalas emel yang dihantar oleh Bloomberg.- MalaysiaGazette