Gambar hiasan

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan akan diagihkan bermula 18 Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap semoga bantuan itu dapat membantu penerima BR1M.

“Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.

“Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu,” katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam tadi.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. – BERNAMA