WELLINTON – Suspek utama yang melakukan serangan di sebuah masjid di Christchurch baru-baru ini dipercayai bertindak seorang diri.

Dua lagi individu yang telah ditahan susulan kejadian itu dipercayai tidak terlibat dengan serangan tersebut.

Komisioner Polis, Mike Bush bagaimanapun keputusan membabitkan individu berkenaan belum lagi muktamadkan.

“Seorang wanita telah dibebaskan dan seorang lelaki didakwa kerana kesalahan senjata api,” katanya.

Serangan maut yang dilakukan oleh rakyat Australia itu, Brenton Tarrant, 28, mengorbankan 50 nyawa manakala dua lagi dalam keadaan kritikal.

Ia merupakan serangan paling dahsyat pernah berlaku di New Zealand.

Bush berkata, polis sedang bekerja dengan sepantas yang mungkin untuk mengenal pasti mangsa-mangsa yang terlibat dalam serangan di Masjid Al Noor dan Linwood.

Semalam, Tarrant yang memiliki lesen dan senjata api telah didakwa dengan satu pertuduhan membunuh dan dijangka menghadapi beberapa pertuduhan lain. – MalaysiaGazette