Chef Malisah menunjukkan antara 80 juadah masakan kampung seperti air tangan ibu ditawarkan Queenspark LoVita Hotel

MELAKA – Ingin menikmati juadah masakan kampung seperti air tangan ibu, Queenspark LoVita Hotel mungkin boleh diletakkan dalam senarai berbuka puasa.

Menawarkan hampir 80 hidangan termasuk gerai masakan panas di sebuah hotel butik, ia pastinya menawarkan pengalaman berbeza di tengah pusat bandar Melaka.

Hotel tiga tingkat milik Bumiputera yang menyediakan 47 bilik berkonsep mesra pelancong.

Chef Malisah Zulkefli berkata, masakan asam pedas Melaka, kambing bakar, daging salai masak lemak Negeri Sembilan adalah antara tarikan utama daripada 80 jenis hidangan yang ditawarkan sehingga 8 April ini.

“Antara hidangan tarikan lain adalah martabak, rendang tok, kerabu jantung pisang, otak-otak, ikan bakar, mi goreng, buah-buahan tempatan, ulam-ulaman minuman sejuk dan panas serta pelbagai jenis kuih muih tempatan.

Ruang lobi hotel yang mewah.

“Harga yang ditawarkan adalah RM69 untuk dewasa, RM49 bagi kanak-kanak,” katanya sambil menambah boleh menghubungi talian 011-70099627 atau atau 06-2811188 untuk sebarang tempahan.

Sementara itu, pemilik hotel Norsalenawaty Mohd Salleh berkata, hotel tiga tingkat milik Bumiputera itu mempunyai 47 bilik terdiri daripada empat jenis termasuk bilik keluarga berkonsep mesra pelancong.

Norsalenawaty (kanan) sentiasa memastikan keselesaan pengunjung seperti berada di hotel terkemuka pada harga berpatutan di tengah-tengah pusat bandar Melaka.

“Ini bagi memastikan keselesaan pengunjung seperti berada di hotel terkemuka lain pada harga amat berpatutan dilengkapi hiasan mewah di ruang lobi, surau, bilik mesyuarat dan kafe.

“Harga bilik ditawarkan adalah antara RM110 hingga RM380 semalaman mengikut jenis dan waktu tempahan, sekaligus menjadi antara termurah di tengah-tengah pusat bandar Melaka,” katanya . – MalaysiaGazette