Hotel The Pearl Kuala Lumpur memilih tema Sajian Warisan Nusantara sepanjang Ramadan ini.

KUALA LUMPUR – The Pearl Kuala Lumpur menjemput semua rakyat Malaysia datang berbuka puasa sepanjang Ramadan di Aras 5 hotel itu bermula esok hingga 30 April ini.

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, hotel bertaraf empat bintang itu menawarkan kepelbagaian menu istimewa menerusi lebih 100 juadah dan hidangan menarik.

Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Nora Ismail berkata, sebagai kelainan, pihak hotel  membawa kumpulan Ghazal sebagai hiburan dan pelengkap kepada hidangan konsep kemelayuan.

Apatah lagi katanya, ia bersesuaian dengan persekitaran menarik yang berdekatan kolam renang dan kawasan taman di hotel itu.

“Untuk menu iftar tahun ini, kami menyediakan pelbagai pilihan makanan khususnya sajian tradisional dengan lebih 100 menu kepada tetamu.

Lebih 100 menu disediakan pada bufet Ramadan.

“Bufet Ramadan ini menyediakan pelbagai gerai makanan menarik termasuk kambing panggang, gulai kawah kambing dan daging, briyani dan mandi, menu kerabu, makanan laut shell out selain stesen daging citarasa barat serta mee,” katanya.

The Pearl Kuala Lumpur menyediakan promosi bufet Ramadan  pada harga bermula RM118 bagi dewasa, warga emas RM78 dan RM58 harga kanak-kanak.

Untuk tempahan, orang ramai boleh hubungi talian 603 7983 1111 sambungan 3306 atau +6016 331 8420.

Sementara itu, terletak di lokasi strategik antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, The Pearl Kuala Lumpur adalah hotel kelas perniagaan ikonik yang terletak di tengah-tengah Old Klang Road yang menawarkan 555 bilik tetamu yang selesa yang moden kontemporari dan dilengkapi dengan menarik.  – MalaysiaGazette

Menu nasi beriani yang menggamit selera.