Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU – Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berjaya memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

DUN Lamag merupakan antara 13 kerusi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Bung  berentap dengan empat lagi calon iaitu Ismail Ayob daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), Razman Mayah (Parti Cinta Sabah – PCS), Mohd Al Ruzaibie (Parti Perpaduan Rakyat Sabah – PPRS) Mohd Al Ruzainie dan Junny@Karuak Abdullah (bebas).

Sementara itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berjaya mengekalkan DUN Senallang, mengalahkan calon PPRS, Perikatan Nasional (PN), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu dan PCS.

Manakala Datuk Anifah Aman ditewaskan calon Warisan di Bongawan. – MalaysiaGazette