Cardiff mahu polis, FIFA dan FA siasat ketidaktentuan yang berlaku disebalik pembelian Sala.

ENGLAND – Cardiff City mahu polis segera memulakan siasatan mengenai perpindaan 15 juta pound melibatkan pemain bola sepak, Emiliano Sala.

Skuad Bluebirds itu juga mengajak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak England (FA) memulakan siasatan dan mencariĀ  punca kematian tragis pemain itu.

SunSports di England menyediakan beberapa soalan berbangkit yang harus dijawab sebelum sebarang bayaran melibatkan Sala dijelaskan seperti yang diugut kelab Nantes.

Atas semangat ketelusan dan akauntabiliti, Cardiff menulis surat kepada kelab Perancis itu untuk tampil membersihkan perpindahan Sala.

Pengerusi Mehmet Dalman minggu lalu memberi indikasi bahawa terdapat keraguan dan ketidaktentuan berlaku dalam proses pembelian Sala.

Kini Cardiff menuntut jawapan komprehensif terhadap semua soalan yang kini dikemukakan kepada Nantes.

Pemain bola sepak itu meninggal dunia secara tragis dalam nahas pesawat satu enjin yang dinaikinya menyeberangi English Channel ke Cardiff pada 21 Januari lalu.

Upacara pengkebumian diadakan pada Sabtu lepas di kampung halaman pemain itu di Progreso, Argentina.

Mayat juruterbang Sala juga masih belum ditemui pasukan pencari dan penyelamat.- MalaysiaGazette