KUALA LUMPUR – CCM Duopharma Biotech Bhd. mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, CCM Pharmaceuticals Sdn. Bhd. akan dianugerahkan kontrak RM300.4 juta daripada Kementerian Kesihatan untuk membekalkan insulin manusia kepada hospital-hospital kerajaan dan klinik di Malaysia.

Dalam satu kenyataannya di Bursa Malaysia, CCM Duopharma berkata, kontrak tersebut sah selama tiga tahun yang akan bermula pada 22 Disember 2016 sehingga 1 Disember 2019.

CCM Pharmaceutical adalah penjual semula (reseller) insulin manusia yang dikeluarkan oleh Biocon Sdn. Bhd. di Nusajaya, Johor.

Insulin manusia adalah nama yang menceritakan mengenai insulin sintetik yang mana digunakan untuk meniru insulin di dalam badan manusia. – MalaysiaGazette