Coolblog kini memperkenalkan Ultimate White Chocolate dan Strawberry White Chocolate daripada Chocolate Series

KUALA LUMPUR – Coolblog Dessert Sdn. Bhd. (Coolblog) memperkenalkan Ultimate White Chocolate dan Strawberry White Chocolate daripada Chocolate Series ybuat penggemar minuman coklat.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasarannya, Zaidi Zakaria berkata, minuman yang mula diperkenalkan pada awal bulan ini dijual pada harga antara RM6.60 hingga RM6.90 dan ditawarkan dalam masa terhad.

Jelas beliau, Coolblog sebelum ini menawarkan lima pilihan siri minuman untuk memenuhi selera pelanggannya yang pelbagai peringkat umur, ia terdiri daripada Chocolate Series, Oreo Series, Coffee dan Tea Series, Malaysian Series dan Fruitte Series.

Produk minuman syarikat itu memiliki 27 perisa dengan melibatkan 300 jenis minuman.

“Produk yang ditawarkan kepada pelanggan ini mengikut tahap kesihatan pelanggan kerana pihaknya bersedia memenuhi permintaan pelanggan untuk mengurangkan kadar gula dalam minuman yang dipesan.

224B1130
Coolblog memiliki 27 perisa dengan melibatkan 300 jenis minuman.

“Dalam masa yang sama, syarikat juga sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan minuman berasaskan kesihatan seperti perisa teh hijau dan penggunaan lemon produknya pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan minuman terbaharunya iaitu Ultimate White Chocolate dan Strawberry White Chocolate di cawangan syarikat di Melawati Mall baru-baru ini.

Sementara itu, Zaidi memberitahu Coolblog merancang untuk membuka dua buah cawangan setiap bulan bermula tahun depan dalam usaha menambah bilangan outletnya di seluruh negara selain mengukuhkan kedudukan syarikat.

Beliau berkata, setiap cawangan baharu itu bakal menelan kos pelaburan kira-kira RM150,000 hingga RM200,000 bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi, kadar sewa kedai dan juga saiz outlet.

“Semua cawangan baharu ini bakal diuruskan sendiri oleh syarikat dan ia bertujuan untuk memudahkan segala operasi dan pemantauan terhadap transaksi perniagaan dikendalikan oleh ibu pejabat.

224B1068
Coolblog kini memiliki 300 cawangan di seluruh negara yang mana 50 daripadanya dimiliki syarikat manakala bakinya diuruskan oleh usahawan francais.

“Namun kami masih menerima pertanyaan dan cadangan usahawan untuk menjadi francais,” katanya.

Zaidi menjelaskan, buat masa ini syarikat memiliki 300 cawangan di seluruh negara yang mana 50 daripadanya dimiliki syarikat manakala bakinya diuruskan oleh usahawan francais.

Syarikat yang telah berada di pasaran sejak tahun 2008 itu merupakan perintis dalam memperkenalkan minuman teh tarik bersama blog di pasaran.

Mengulas lanjut, syarikat optimis untuk mencatat pertumbuhan sebanyak 10 hingga 20 peratus pada tahun depan meskipun persaingan sengit di hadapi dalam industri makanan dan minuman.

Jelas beliau, Coolblog memiliki pasarannya yang tersendiri kerana lebih memberi tumpuan terhadap sub bandar dan kawasan luar bandar dengan tawaran harga produk minuman dari RM1.80 hingga RM8 seunit.

224B1059
Cawangan Coolblog terbanyak terdapat di Johor.

“Cawangan terbanyak terdapat di Johor dan kebanyakan outlet kami beroperasi di pasar raya besar dan juga pusat beli-belah yang menjadi tumpuan masyarakat luar bandar.

“Disebabkan faktor itu, kami berkeyakinan untuk terus berada dalam kedudukan yang kukuh untuk menguasai pasaran, namun syarikat akan terus kajian untuk memperkenalkan produk minuman bagi memenuhi cita rasa mewah pelanggan pada masa depan,” jelasnya. – MalaysiaGazette