abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

KUALA LUMPUR – Beberapa cadangan mengenai kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dimasukkan ke dalam kertas siasatan yang dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu.

Ia antara lain mencadangkan agar 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau ketika memperincikan mengenai perkara itu berkata, cadangan lain yang turut dikemukakan adalah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

“Ini akan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 339(2) Kanun Tatacara Jenayah. Siri tindakan ini susulan keputusan yang dicapai Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September lalu.

“Mahkamah memutuskan punca kematian Adib bukan disebabkan kemalangan, tetapi perbuatan jenayah oleh dua orang atau lebih suspek.

“Berdasarkan keputusan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan selari arahan Jabatan Peguam Negara dan kumpulkan bukti yang ada untuk kemukakan semula kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Usaha mengenal pasti pelaku jenayah masih dijalankan. – MalaysiaGazette