Datuk Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU – Polis tidak menolak kemungkinan individu yang membakar sebuah masjid dan surau di Sri Medan, Batu Pahat adalah suspek sama.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat  berkata, siasatan mendapati modus operandi yang digunakan ketika melakukan khianat itu adalah sama.

“Pihak polis juga telah panggil pihak kadi untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian siapa suspeknya dan insyaAllah dalam masa terdekat ini kita akan tangkap,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Polis Johor percaya suspek kes bakar masjid dan surau di Batu Pahat akan dapat ditangkap dalam masa terdekat.

Menurut Kamarul Zaman, siasatan kedua-dua itu dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad lalu, media melaporkan tentang kebakaran sebuah masjid di Kampung Parit Simid, dekat Sri Medan dan selang sehari selepas itu sebuah surau di Parit Bangas terbakar hingga memusnahkan 40 peratus stuktur bangunan. – MalaysiaGazette